Perniagaan kami, FT IDEAS Enterprise (002706763-U) adalah sebuah perniagaan aktif yang didaftarkan bermula 2017 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Selamat datang ke Plug & Play HIS™ Solutions, sebuah hab solusi digital praktikal yang dibina khas untuk memudahkan urusan harian, pelaburan, keselamatan siber dan hidup anda secara umum. Ekosistem HIS™ (How I Series) ini tidak berdiri di atas teori buku teks yang membosankan, sebaliknya ia adalah dokumentasi langkah demi langkah daripada pengalaman sebenar saya menyelesaikan pelbagai masalah dalam hidup.
Untuk memberikan impak yang menyeluruh dan kepantasan hasil (Speed to Result) kepada anda, ekosistem kami dibahagikan kepada tiga kategori utama:
- HIS™ Blueprint: Panduan pantas yang berfokuskan kepada tindakan terus melalui bantuan tangkapan skrin (screenshot) dan penerangan ringkas. Ia direka khas untuk anda yang mahu meniru step saya dan mendapatkan hasil dengan serta-merta tanpa perlu pening berfikir.
- HIS™ Playbook: Rujukan mendalam bagi menerangkan sesuatu strategi, konsep, atau konfigurasi sistem yang memerlukan huraian lebih terperinci. Di dalam sebuah Playbook, ia boleh jadi mengandungi gabungan beberapa HIS™ Blueprint yang berkaitan atau berdiri sendiri sebagai satu panduan lengkap.
- HIS™ Deployment: Servis teknikal premium bagi anda yang kesuntukan masa dan mahu sistem disiapkan serta dikonfigurasikan dengan sempurna. Melalui kategori ini, saya sendiri yang akan turun padang untuk menguruskan pemasangan dan penyerahan solusi teknikal (contohnya menguji keselamatan siber) terus untuk anda.
