Kursus AI Harian: Sistem Untuk 3-5 Tugasan Berulang

Kursus AI Harian — Fasa Pra-Jualan

Anda Dah Ada SATU Sistem. Sekarang, Bina Untuk 3-5 Tugasan.

Dalam ebook percuma “SISTEM, BUKAN SIJIL”, anda dah bina sistem yang berjalan untuk SATU tugasan berulang. Kursus ni sambung terus — bina sistem yang sama, kali ni untuk 3 hingga 5 tugasan dalam kerja harian anda, plus asas guna Claude yang sengaja tidak saya ajar dalam ebook percuma.

Harga pra-jualan. Akan naik selepas fasa beta tamat.


Ditulis dan diajar oleh Farhan Terubos — masih bekerja sepenuh masa sebagai System Administrator, bina sistem ni sambil urus kerja harian dan keluarga, sama macam anda.

Kalau Ni Bunyi Macam Cerita Anda…

  • Sistem SATU tugasan dari ebook tu dah jalan — tapi kerja harian anda bukan cuma satu benda yang berulang.
  • Anda dah cuba sendiri nak expand ke tugasan lain, tapi tak pasti macam mana nak mula tanpa buang masa cuba-cuba sendiri.
  • Waktu lapang anda datang dalam bucket 5 hingga 15 minit je — bukan sesi fokus 45 minit yang kebanyakan kursus AI perlukan.

Sambungan Terus Dari Ebook

Kursus ni bukan reka topik baru dari kosong. Ia sambung terus janji yang saya dah buat di bab penutup ebook — sistem yang sama, untuk lebih banyak tugasan, dengan cara belajar yang masih bagi ruang untuk anda balas WhatsApp anak, urus kerja, dan hidup hidup anda yang sebenar.

7 Modul Pendek. Setiap Satu, Satu Output Konkrit.

Setiap modul 5 hingga 15 minit — direka untuk hidup yang reactive, bukan hidup yang lapang.

Modul 1 — Audit Cepat: Kenal Pasti 3-5 Tugasan Berulang (10-12 minit)
Keluar dengan senarai 3-5 tugasan berulang dalam kerja anda, disusun ikut keutamaan.

Modul 2 — Asas Guna Claude: Interface dan Kesilapan Biasa Pemula (12-15 minit)
Hantar prompt pertama anda sendiri, dan elak kesilapan biasa pemula yang sengaja tak diajar dalam ebook percuma.

Modul 3 — Bina Library Prompt: Tugasan #1 dan #2 (12-15 minit)
2 prompt siap-guna untuk 2 tugasan pertama anda.

Modul 4 — Bina Library Prompt: Tugasan #3, #4, #5 (12-15 minit)
Library prompt peribadi lengkap untuk semua tugasan yang anda kenal pasti.

Modul 5 — Sistem Simpan dan Organize Prompt (8-10 minit)
Satu tempat simpan yang anda memang akan guna — bukan tool kompleks yang ditinggalkan lepas seminggu.

Modul 6 — Quick-Check Sebelum Hantar (5-7 minit)
Checklist 30 saat sebelum anda hantar atau guna hasil AI.

Modul 7 — Semakan Mingguan Merentasi Semua Tugasan (8-10 minit)
Rutin 5-10 minit hujung minggu yang jaga sistem anda tetap berjalan, bukan azam tahun baru yang mati lepas 2 minggu.

Apa Yang TAK Termasuk (Sengaja)

  • Tiada automation, Zapier, API atau AI agent custom — ni untuk kursus lanjutan, bukan kursus permulaan ni.
  • Tiada teori “prompt engineering” atau apa-apa yang bunyi macam sijil — bercanggah dengan prinsip “Bukan Sijil” saya sendiri.
  • Tiada rollout untuk pasukan atau korporat — kursus ni untuk anda sebagai individu.
  • Tiada topik teknikal AI mendalam (model architecture, fine-tuning) — tak relevan dengan kerja harian anda.

Fasa Pra-Jualan

RM47

Harga naik selepas fasa beta tamat. Sekali anda beli semasa pra-jualan, akses anda kekal walaupun harga naik untuk pembeli baru selepas ni.

Risiko Rendah, Boleh Cuba Dulu — kalau lepas Modul 1 dan 2 anda rasa kursus ni tak sesuai dengan kerja anda, hubungi saya, kita bincang. (Bukan janji pendapatan atau kerjaya — ini akses kepada sistem dan modul sahaja.)

Soalan Lazim

Kursus ni beza macam mana dengan ebook percuma?
Ebook bina sistem untuk SATU tugasan. Kursus ni bina sistem untuk 3 hingga 5 tugasan, plus asas guna Claude yang sengaja tak diajar dalam ebook.

Saya kena tahu AI dulu sebelum start?
Tak perlu. Modul 2 cover asas guna Claude dari kosong — termasuk kesilapan biasa pemula.

Ada sijil lepas habis kursus?
Tiada sijil. Anda dapat Rekod Sistem Anda sendiri — bukti sistem sebenar yang anda bina dan pakai, bukan kertas credential.

Sambung Sistem Anda — Untuk Lebih Daripada Satu Tugasan

Scroll to Top